Jumaat, 14 Ogos 2009

bala atau penyakit

kalo pegi mana2 sekarang..semua dah jadi mask rider..apa taknya...semua orang dah pakai mask..dalam ofis yann semua pakai..lagipun ofis yann da sorang admit hospital.
Yann pun pakai juga..yala..kan mencegah lebih baik dari merawat..

rasanya semua orang takut gan H1N1 ni atau virus influenza A. Kat msia je da berapa ramai yang mati. cakap pasal mati..memang semua orang takut..yela nak tinggal family,harta yg byk dan macam2 lagi.

terfikir juga H1N1 ni, suatu bala atau penyakit. Penyakit ni datang pulak dari benda yang haram dimakan. Adakah Allah memberi peringatan lagi kepada semua umatnya yang leka dan lalai.
dulu sars, bird flu n macam2la..still manusia lupa Allah juga.

memang sekarang Allah tengah uji keimanan kita. Kita sabar atau tidak nak menghadapinya.
Yela ada yang anak , ibu,suami yang dah tiada.
Allah nak ingatkan kerana kita dah lupa perintah dan larangan Allah

Oleh itu, marilah kita tingkatkan amalan..termasuklah yann sendiri..dan jagalah kesihatan..
banyak makan buah, vitamin, dan banyak berdoa semoga Allah jauhkan kita dari penyakit ini

Khamis, 13 Ogos 2009

ramadhan pertama bersama AQIE

First time tahun ni..sambut ramadhan dengan mujahid ku ..si comel Aqie. mesti bangun sahur..dia pun ikut bangun. Yala semenjak Aqie ade.semestinya tido n rehat kurang.
Itula dinamakan pengorbanan seorang ibu.

Bila da ada anak..ni..baru teringat pengorbanan mami yann. Macamana agaknya dia jaga kami 5 beradik. betapa banyaknya jasa dan pengorbanan mami pada kami. Tak terbalas rasanya.
Ingat lagi kata azimat mami..tiada apa yang dapat mami bagi..selain ilmu pengetahuan

YA ALLAH..HANYA KAU SAJA DAPAT BALAS JASA IBU BAPAKU

Bayangkanlah kita kena hormat ibu dan ikut cakap 3 kali lebih dari ayah.
Setelah bersalinkan aqie..barulah tau betapa sakit dan bertarung maut untuk melahirkan amanah allah ini.

Sejak itu yann lebih sayang dan menghormati mami kerana yann da rasa apa yang mami rasa
sewaktu melahirkan yann. Oleh itu, marilah kita menghargai ibu bapa kita sementara mereka
ada.Kita tak tau siapa yang akan dijemput Allah dahulu.

Sebab itu juga yann sangat heran . terutamanya seorang anak perempuan yang telah mempunyai anak. Tergamak menderhaka dan menyiksa ibu mereka sendiri.
Tidakkah mereka terfikir.sakit mereka bersalin sama seperti ibu mereka.
Tidakkah mereka terfikir pengorbanan ibu mereka.

Kehadiran aqi juga mengajar yann erti kesabaran. sabar bangun malam. sabar melayan kerenahnya.sabar bila dia meragam dan tak mau tido.sabar sungguh.
tapi bila lihat dia tido nyenyak dan senyum..ya Allah...syukran2...hepinya dalam hati

Harap yann lebih sabar ramadhan ini. Yela dalah nak bangun awal untuk sahur.
Sure makin tak cukup tido n rehat.Ya Allah kau bantula hamba mu ini.

Harap ramadhan kali ini sungguh bermakna buat kami bertiga
apapun..Aqiela penawar dan jantung hati kami

Yann Luv Islam

Pertama kali

Bismillahirrahmanirrohim

Assalamualaikum w.b.r

Macam tak percaya..yann da tulis dalam blog sendiri. Mula2 memang tak terfikir pun nak buat blog. Tapi ada seorang hamba allah inform.kita tulis apa yang kita lihat n rasa dan bagi pandangan kita.maybe apa yang kita tulis menjadi iktibar kepada orang lain.

Tapi x taulah nati apa yang yann cite bagi pedoman kat orag ke tak.HAri ni jumaat..masyaallah..dapat lagi jumpa jumat..insyaallah..next saturday da satu ramdhan.
Moga2 sempat lagi aku bertemu ramadhan..seperti arwah ustaz Asri ..Allah telah catatkan pemergiannya..dan tidak dapat bertemu ramadhan kali ini..

YA ALLAH..KAU TEMPATLAH BELIAU DI SISI ORANG YANG SOLEH...

Yang pergi tak kembali..astagfirallah azim..yang kita masih diberi Allah kesempatan ini menhirup udara.Adakah kita telah bersedia menghadapi zakaratul maut..
denga pun da takut..

oleh itu..kita mesti amik peluang ramadhan ini.Banyakkanlah amal dan sedekah.
Sesungguhnya allah telah melipatgandakan pahalanya di bulan yang suci ini.
Lagi ditambah dengan malam lailatul qadar.memang banyak kelebihannya.

Yann luv Islam