Jumaat, 14 Ogos 2009

bala atau penyakit

kalo pegi mana2 sekarang..semua dah jadi mask rider..apa taknya...semua orang dah pakai mask..dalam ofis yann semua pakai..lagipun ofis yann da sorang admit hospital.
Yann pun pakai juga..yala..kan mencegah lebih baik dari merawat..

rasanya semua orang takut gan H1N1 ni atau virus influenza A. Kat msia je da berapa ramai yang mati. cakap pasal mati..memang semua orang takut..yela nak tinggal family,harta yg byk dan macam2 lagi.

terfikir juga H1N1 ni, suatu bala atau penyakit. Penyakit ni datang pulak dari benda yang haram dimakan. Adakah Allah memberi peringatan lagi kepada semua umatnya yang leka dan lalai.
dulu sars, bird flu n macam2la..still manusia lupa Allah juga.

memang sekarang Allah tengah uji keimanan kita. Kita sabar atau tidak nak menghadapinya.
Yela ada yang anak , ibu,suami yang dah tiada.
Allah nak ingatkan kerana kita dah lupa perintah dan larangan Allah

Oleh itu, marilah kita tingkatkan amalan..termasuklah yann sendiri..dan jagalah kesihatan..
banyak makan buah, vitamin, dan banyak berdoa semoga Allah jauhkan kita dari penyakit ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan